Ahad, 27 Disember 2009

DI PANTAI KEBIRUAN

Pasir putih
cerah basah
disapa ombak
yang sesekali
hadir mengamit cinta

Wajah laut
membiru padu
dalam buih jernih
ketika melambai
pulang pada pantai

Ah, kerinduan
menjadi kesiangan
pada pantai yang kebiruan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan