Ahad, 9 Ogos 2009

DAERAH DIAM 2

Telah tiada makna
dalam bicara diam
ketika berdepan tafsiran
antara yang benar
juga yang keliru
tentang hidup

Telah tiada erti
dalam kata bisu
walau terpapar resah
antara yang pelik
juga yang aneh
tentang hidup

1 ulasan:

  1. Sukarnya mentafsir yang benar...adakalanya terasa juga aku ditipu wajah petualang bertopeng pejuang.

    BalasPadam