Rabu, 23 Disember 2009

SEJENAK YANG TINGGAL

Mengukir rasa
dalam gelora makna,
aku menjadi keliru
antara menyatakannya
atau berdiam saja
sedangkan aku tahu
pilihan yang wajar
di sebalik waktu
bersama-Mu

Aku semakin mengerti
sejenak yang tinggal
membuat aku bertambah malu!

2 ulasan:

  1. senang sekali membaaca puisi ini, ..."membuat aku bertambah malu". Mengap ya, terasa begitu puitis dan amat tersentuh sekali.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Semakin meningkat usia terasa amat kita semakin malu kepada-Nya dan kita tertinggal banyak waktu untuk memaknakannya dalam pengertian ini, moga2 kita sentiasa dalam rahmat-Nya

    BalasPadam