Isnin, 12 Oktober 2009

RESAH DI PENGHUJUNG MALAM

Sepi meniti malam
pada bisik bayu
adalah resah yang panjang
menghimpit gelora makna
kesangsian ini

Aku, masih meneka
dalam waktu sebegini
apakah ada
pada setiap penghujung
yang bernama malam
kesyahduan!

2 ulasan:

  1. Salam FH,
    Indah sekali dan terasa syahdunya.

    BalasPadam
  2. Salam, sebenarnya "kesyahduan" seperti malam2 Ramadan terlalu amat dirindui dan sekian waktu Syawal dalam titian waktu ini, jelas sekali Ramadan, nikmatnya terlalu amat terasa...

    BalasPadam