Aku kira
ikatan ini
jalinan setia
meneguh rasa
keakraban kita
Aku jangka begitu
kerana nafas perjuangan
masih berdenyut
bersama nadi keintiman
dan kita terpesona
membina mercu tanda
keagungan
Aku sedar,
kita cuma
bermain api
di laman peribadi.
Khamis, 29 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Farmila Hamdi,
BalasPadamBagaimana ya? kalau bermain api untuk dijadikan unggun tempat berbicara, saya kira ok, tapi jika tidak diawasi api akan memusnahkan segala yang dibina. Hati-hati bermain dengan api.
Benarlah kata pujangga, api kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...
BalasPadam