Telah kau robek
segala duka
dengan makna perit
dari sebuah kerinduan
yang terbuang
Telah kau lempar
semua rasa
dengan cerita lara
dalam dingin asmara
yang tenggelam
Telah kau padam
semua kenangan
menjadi kisah luka
di dinding waktu
kecintaan itu.
Jangan kau kata cinta!
Isnin, 2 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sukar nak diselami apa yang sedang berkecamuk di hati adinda. Kekanda hanya boleh meneka.
BalasPadamKadang-kadang cerita dari teman-teman terserap dalam diri hingga terbina ungkapan sajak membicarakannya. Kanda lebih arif tentang CINTA, tentu memahaminya, kesiankan bagi yang tidak mampu membuai cinta seadanya...
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamEn. Jaafar, kenapa tidak dihantar karya-karya ini ke akhbar. Boleh dikongsikan bersama.
Salam Cik Wardah,
BalasPadamEmmm, entahlah, kadang2 saja nak tulis sebegini, untuk menenangkan gelora rasa. DAN juga, barangkali tak layak kot...hehehe
Owhhh..begitu ya...kini kanda semakin faham.Lumrah kehidupan adinda, ada yg suka mempermainkan cinta, ada pula yg keliru makna cinta.
BalasPadam