Ke rumah-Nya
dengan hiba dan haru
mengetuk waktu
antara pasti dan syahdu
antara jitu dan rindu
bertalu-talu
Ke rumah-Nya
aku tersungkur malu
dalam kenangan silam
yang hanyut
melemaskan maknaku
untuk hidup ini
Ke rumah-Nya
hiba amat terasa,
kerana kutemui
penuh rahmat-Mu.
Selasa, 19 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya cukup kagum membaca puisi sdr yg menulis tentang ketuhanan. Sesuatu yang sukar bagi saya. Tahniah atas hasil ini.
BalasPadamKesekian kalinya di KL ini, terasa amat kita semakin tercabar dengan hidup. Paling terkesan oleh suasana dan desakan rasa yang kadang2 tidak terduga. Terima kasih atas keprihatian itu...
BalasPadam