Rabu, 8 Julai 2009

DALAM YANG CETEK

Dalam lemas
getar desah
meranap fikir
dan putus asa
hingga menjadi-jadi
lagu pilu
mencari nafas benar
dalam laut hidup

Timbul di muka
rupanya cetek saja
dan resah tadi
hanya satu janji
yang sentiasa
meniti setia
dengan tipu daya
seorang bernama
perjuang bertopeng
penderhaka bangsa!

2 ulasan:

  1. Sukarnya mencari kebenaran. Senangnya menjadi pendusta bangsa. Salam persahabatan dan apa khabar anak isteri . Harap mereka baik-baik sahaja.
    Semoga kebenaran timbul dan kita diberi petunjuk ke arahnya.

    BalasPadam
  2. Salam, semuanya sihat. Terima kasih. Harap tuan sekeluarga pun sihat hendaknya.

    Inilah yang merisaukan kita sekarang, kerana pelbagai permainan suasana begitu dominan dalam usaha menjadikan konsep pemaknaan yang benar dan yang salah seakan disatukan dalam satu cawan! Emmm ...tajuk sajak baru hehehe

    BalasPadam