Ini satu cawan
ada kopi campur teh
tapi kurang gula
banyak susu
agak pekat
penuh likat
Satu cawan ini
bukan untuk seorang
tapi bahagi ikut rasa
kadang-kadang suka
ada waktu tak lalu
kerana kalau manis
tiba penyakit
kalau pahit
kurang enak
Maka, secawan yang satu ini
berikan saja kepadanya,
walau kita haus
dalam ketawa!
Khamis, 9 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ah, kita tidak boleh lari dari angka satu.hehehe
BalasPadamBenar, kerana SATU itu ESA, tetapi dalam soal keduniaan ini, berlaku yang pelik dan aneh.
BalasPadam