skip to main |
skip to sidebar
MALAYSIA YANG SATU
Setahuku
Malaysia hanya satu
tak pernah dua
atau tiga
Semahuku
Malaysia jadi satu
jangan terbahagi dua
atau pecah tiga
Sejatinya
Malaysia itu satu
bukan dua makna
atau tiga tafsirnya
Sejelasnya
Malaysia memang satu
tetapi tertipu dua
menjadi tiga!
Salam sdr Jaafar,
BalasPadamBergantung bagaimana sdr mentafsir angka-angka ini.Bergantung apa yg kita mahu...satu atau ...?
Salam. Bukan pada angkanya tetapi pada dasarnya. Angka itu hanya satu aksara yang muncul dengan kemelutnya idea. Maka, apa mahunya, sedangkan ia sedia ada...
BalasPadamTUAN,
BalasPadamKita sudah lama tertipu oleh kelicikan juak-juak kuasawan yang kita pilih. Kesiah utk diri kita.
Salam,
BalasPadamInilah kerisauan yang wajar kita teliti, bahawa sekarang ini terlalu banyak putar belit, maka timbullah pelbagai kesan yang lain. Dan tentu sekali "orang" yang menjadi duri dalam daging sedang ketawa berdekah dekah melihat kita berpecah dan berpecah hingga hancur...